7th ASEAN Skills Competition 2008

•December 1, 2008 • Leave a Comment

Pada 14-16 November lalu berlangsungnya majlis pertandingan kemahiran peringkat ASEAN di Kompleks CIDB, Cheras. Seperti biasa, pihak pasystemkiosk dipanggil untuk pemasangan pa system sepanjang majlis itu. Pa System kami cover semua bahagian pertandingan termasuk indoor dan outdoor. System yang kami sediakan, digunakan juga oleh pihak KL.FM yang menjadi DJ jemputan sepanjang program itu dimana mereka juga siarkan secara langsung ke siaran radio mereka.

Untuk tidak memanjangkan cerita, anda boleh lihat beberapa gambar yang kami sempat ambil…

Jamuan Akhir Tahun SMK Sek19, Shah Alam

•November 22, 2008 • Leave a Comment

Pada tanggal 15/11/2008 yg lalu, pihak kami dipanggil untuk membawa set karaoke ke hotal Holiday Villa Subang Jaya bagi majlis Jamuan Akhir Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam.

Majlis dihadiri oleh para guru-guru dan beberapa PIBG sekolah tersebut. Majlis berjalan lancar dan dimeriahkan lagi dengan gelagat guru-guru yang sentiasa riang dan ceria.

Setiap panitia disekolah itu wajib mempersembahkan sesuatu, ada yang berkaraoke, menyanyi, buat permainan dan pelbagai lagi. yang lebih mengejutkan, Pengetua sekolah tersebut juga tidak lepaskan peluang untuk berkaraoke untuk menghibur para hadirin.

Majlis ini juga dipenuhi dengan cabutan bertuah…lebih 20 hadiah disediakan…

Sedikit gambar dari kami…

9/11/2008

•November 16, 2008 • Leave a Comment

Setelah berlangsungnya sesi rehersel pada hari jumaat lalu, hari ini majlis sebenar pun berlangsung. Dari seawal 8pg para guru-guru dan pihak kami telah sampai untuk mempersiapkan dewan sebelum majlis bermula pada jam 9pg. Terima kasih Tuhan, dengan izin-Nya majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sedikit gambar yg sempat kami ambil dari bilik kawalan ditingkat atas…

8/11/2008

•November 11, 2008 • Leave a Comment

Kami selesai simpan barang majlis Akhirussanah pada jam 1pagi, esoknya pagi2 lagi kami terus ke Putrajaya bagi majlis Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam yang diadakan di Taman Wetland, Persint 13. Kami samapai awal bersama set kami seawal jam 8pg sewaktu seorang pun blum samapi lagi.

Wetland, kali pertama kami kesana…cantik pemandangannya, ada kawasan perkhemahan, dan tempat2 bersantai. untuk tidak memanjangkan lagi cerita, enjoy gambar2 yang sempat kami rakamkan…

7/11/2008

•November 11, 2008 • Leave a Comment

Pada hari jumaat lepas, pihak kami memulakan kerja dari awal pagi lagi untuk majlis rehersel majlis penyampian hadiah untuk sekolah ITQAN Integrasi School, Damansara Jaya. Sekolah ni sebenarnya adalah kali kedua mengambil perkhidmatan kami dimana pada ramadhan yang lalu, kami telah dipanggil untuk majlis khatam Quran, tapi tidak sempat kami masukkan ke blog ni.

Majlis penyampaian hadiah ini dilangsungkan di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Disebabkan dewan tersebut sudah disediakan dengan PA System, pihak kami hanya diminta untuk menyediakan technician dan wireless and wired microphone. alhamdulillah, sepanjang sesi rehersal semua berjalan lancar.

Kami sertakan sedikit gambar semasa sesi ini…

rasa sayang songs...

rasa sayang songs...

pre schools kids...

pre schools kids...

watching other perhormance..

watching other perhormance..

Pada hari yang sama, pada sesi malam pula kami berada di Dewan Komuniti TTDI, Damansara. Juga majlis penyampaian hadiah ‘Malam Akhirussanah’ atau dalam bahasa melayu, malam hujung tahun untuk sekolah agama dan tadika TTDI. Pihak kami tidak dipanggil untuk set pa system kerana pihak DBKL sponsor pa system pada malam itu, tetapi kami dipanggil untuk menyediakan lighting bagi memeriahkan lagi persembahan malam itu. Kami membawa set Par Can 12 bijik dan smoke machine. Majlis berjalan lancar. Kami sudah mula setting dari seawal 4ptg bagi sesi reherseal dan majlis berlangsung pada pukul 8mlm.

Pihak kami juga dipanggil untuk membuat music arrangement untuk persembahan 2kelas tadika dan sekolah agama darjah 1 pada malam itu. sesi training juga

Sedikit gambar dan video yg sempat kami rakamkan….

the music arrangement are also set by our team…

adjusting the par can

adjusting the par can

changing the color slide

changing the color slide

put it as high as possible..

put it as high as possible..

touch pannel light controller...

touch pannel light controller...and smoke machine

smoke machine...

smoke machine...

par can set of 12...

par can set of 12...

the performance...

the performance...

wide view....

wide view....

Perkahwinan Azlin dan Helmi

•October 18, 2008 • Leave a Comment

Seperti biasa, setiap hujung minggu mesti ada yang kahwin. Kecuali bulan ramadhan.. Hari ini, pasystemkisok dipanggil ke 5 tempat untuk sewaan PA System, 4 siang dan 1 lagi malam ni. Semua majlis perkahwinan. Tapi pihak kami hanya sempat mengambil gambar 1 tempat sahaja.

Majlis perkahwinan antara Azlin dan pasangnnya Helmi adalah salah seorang pelanggan yang sempat kami rakamkan di blog ini.Majlis mereka  berjalan dengan penuh adat. Majlis persandingan mereka diadakan di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, majlis mereka berjalan lancar dengan izin Tuhan. Kami membawa set PA System biasa dan juga projector bagi tayangan slide show yang disediakan olwh pihak photographer dan keluarga pengantin.

Tahniah kepada K.Azlin dan Abg. Helmi. Moga sentiasa dalam Rahmat Tuhan selalu dan dianugerahkan dengan cahaya mata kelak..

Disini kami sertakan serba sedikit gambar yang sempat kami rakamkan.


PA System Shell Lagi….

•October 16, 2008 • Leave a Comment
A M DYNAMIC SERVICE STATION

A M DYNAMIC SERVICE STATION

Semalam, 15 Oktober pasystemkiosk sekali lagi dipanggil untuk memasang PA System di Shell. Klu sebelum ni di Shah Alam, semalam di Putra heights. Shell tu baru 6bulan beroperasi. Terima kasih pada kak Murni(shell Seksyen 7) kerana sudi memperomosikan kam.

Seperti yang dijanjikan, kami datang membawa set sama seperti di Shah Alam tempoh hari. 1 100V power Mixer, 1 ceiling speaker, 2 wall mount box speaker, dan cabling. Kami sampai lebih kurang jam 2ptg, dan terus start kerja. sorang siapkan wiring, sorang lagi tebuk lubang pada ceiling.

Selain itu, kami juga diminta untuk menyediakan sebut harga untuk penambahan camera litar tertutup(CCTV) pada station tersebut.

untuk tak cerita panjang, saya sertakan gambar sikit semasa disana. Enjoy….

Gempak Starz..

•October 15, 2008 • Leave a Comment

Pada hari yang sama dengan majlis Nadia dan Hazwan, kami juga berada di Akademi Seni Lukis Dasein, Wangsa Maju. Pihak Gempak Starz menganjurkan seminar graphic drawing. Ramai yang datang, majoriti kaum cina. majlis pun dijalankan dalam bahasa cina. Kami di Pasystemkiosk tidak pernah memilih kaum untuk berkhidmat. Semua yang mempercayai perkhidmatan kami, kami sedia untuk membantu.

Majlis bermula pagi, sebelum kami pergi ke Cheras, pukul 8 pagi kami sudah sampai untuk pasang di Wangsa Maju. Selepas itu, kami terus menuju ke Cheras dan kembali untuk mengambil barang pada pukul 6ptg. Pihak penganjur meminta 2pasang wireless mic dan 2 cable mic. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan pihak penganjur berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Kami turut sertakan gambar disana.

Perkahwinan Nadia & Hazwan

•October 15, 2008 • Leave a Comment

Dalam kesibukan hari raya ke 11, ramai yang sibuk membuat rumah terbuka ‘open house’, pasangan mempelai Nadia dan Hazwan pula melangsungkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang mereka. Majlis perempuan diadakan pada 11/10/2008 yg lepas diadakan di rumah pengantin perempuan di Cheras.

Seperti biasa, pihak pasystemkiosk sampai pada pukul 11pagi untuk persiapan barangan. Kami turut membawa DJ kami bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sepanjang majlis, kami hanya diminta untuk memainkan lagu2 nasyid dan lagu perkahwinan sekali sekala kerana kami dimaklumkan bahawa penjaga pengantin perempuan baru sahaja menyahut seruan Ilahi.

Kami sempat merakamkan beberapa gambar di majlis tersebut. Kami Ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan moga murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.

Shell PA System Installation

•October 6, 2008 • 1 Comment

Entrance New Shell Seksyen 7

Sehari sebelum Hari Raya, sedang orang ramai sibuk mempersiapkan rumah dan juadah hari raya masing-masing, PASYSTEMKIOSK pula sibuk memasang pa system di Shell baru di seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan pintu belakang UiTM Shah Alam. Shell tersebut baru beroperasi pada 16hb September 2008 yang dijalankan oleh sepasang suami isteri.

Walaupun PASYSTEMKIOSK sudah mula bercuti, tapi diatas permintaan abg Izuddin dan isteri, kami tetap datang untuk memasang. Untuk persiapan raya katanya. Kesian yang jaga nanti kesunyian tanpa dendangan lagu raya. Pihak kami hanya memakan masa lebih kurang 1jam setengah untuk siap pasang semua.

Pihak abg Izuddin amat berpuas hati dengan hasil bunyi yang terhasil. Pada awalnya, abg Izuddin minta utnuk pakai horn speaker diluar seperti di kebanyakan petrol station lain. tapi, setelah berbincang dengan phiak kami, kami menasihatkan untuk memakai wall mount box speaker yang boleh minjimatkan kos dan menghasilkan bunyi yang lebih quality.

Kepada petrol station yang lain yang ingin memeriahkan station anda, kami mengalu-alukan. anda cuma perlu hubungi kami untuk minta sebut harga. Quality yang bagus dan Harga yang murah amat kami beratkan. Kalau anda ada budget tersendiri, bagi kami..kami akan nasihatkan set mana yang sesuai untuk pihak anda.

Saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil di sana.